iklan1 ''Jangan Sampai Peluru Aku Sampai Kat Kau'', Fathia Latiff Trauma Dakwa Diugut Lelaki Berkepala Botak - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

''Jangan Sampai Peluru Aku Sampai Kat Kau'', Fathia Latiff Trauma Dakwa Diugut Lelaki Berkepala Botak

Share:
iklan2
iklan3

Pelakon yang dihimpit kontroversi kebelakangan ini, Fathia Latiff mendakwa diserang oleh seorang lelaki yang digambarkanya berkepala botak melalui kemas kini terbarunya di laman sosial Twitter.

Ujar pelakon itu lagi, lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian rupa kepadanya walaupun anak lelaki tersebut ada bersamanya ketika kejadian.

''I was just being attack by someone. Bald head, selamat ada parang belakang kereta. Guys, please be careful.

''Siap baling rantai and hit my shoulder! Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa dia ajar anak dia,'' katanya lagi.


Fathia turut mendakwa bahawa dia mengenali nama lelaki tersebut namun tidak ingin mendedahkanya selain meminta lelaki tersebut bersikap lebih bertanggungjawab seperti sepatutnya.

Ujarnya lagi, lelaki tersebut turut menghamburkan kata-kata berbau ugutan kepadanya hingga menimbulkan rasa trauma dalam dirinya.

''He even provoked me by saying 'jangan sampai peluru aku sampai kat kau','' ujar pelakon itu lagi.

Fathia bagaimanapun memberitahu tidak akan membuat laporan polis kerana menganggap bahawa ia akan memakan masa yang lama jika tindakan ingin diambil.

Selain itu, pelakon tersebut turut mendakwa bahawa perbuatan lelaki tersebut turut disaksikan oleh pengawal keselamatan yang derada di lokasi kejadian namun tiada sebarang tindakan diambil.


Perkongsiannya tersebut turut mendapat respon pengikutnya yang rata-rata terkejut dan mengecam perbuatan lelaki tersebut.

Nama Fathia Latiff mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat apabila seringkali memuat naik status berbau politik dan menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut parti politik tertentu.

Sumber: Siakapkeli