iklan1 Suami Mengamuk Libas Pisau Pada Isteri Dan Dua Anaknya Sehingga Cedera Parah.. - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Suami Mengamuk Libas Pisau Pada Isteri Dan Dua Anaknya Sehingga Cedera Parah..

Share:
iklan2
iklan3

Seorang lelaki mengamuk dan melibas pisau ke arah isteri dan anaknya kerana berang ditegur tidak bekerja, dalam kejadian awal pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam tiga pagi semalam di kediaman pasangan itu di Tehel, Jasin, dua anak lelaki berusia antara satu dan lima tahun serta ibunya berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Melaka. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati pertengkaran itu berpunca dari suspek yang cemburu dan dalam masa yang sama isterinya turut memarahi dia kerana sudah seminggu tidak bekerja selain menagih dadah. 


"Ketika pertengkaran berlaku, isteri suspek mendukung anaknya yang berusia setahun sebelum lelaki itu mengambil sebilah pisau sayur di dapur dan melibas ke arah mangsa sehingga cedera.

"Melihat keadaan isteri dan anaknya yang tercedera, suspek menelefon ibu mentuanya supaya datang ke rumah untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital," katanya.






Anak suspek berusia lima tahun yang terkena libasan pisau itu calar di bahagian perut, manakala adiknya cedera di kepala serta tengkuk, menerima 13 jahitan. Sementara itu, isterinya mengalami kecederaan di kedua-dua lutut, jari serta kepala, menerima 17 jahitan. 

Suspek yang melarikan diri berjaya ditahan polis kira-kira jam 2.30 petang semalam di hadapan sebuah hotel di Jalan Gajah Behrang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro via The Reporter