iklan1 'Siapa Temankan Kamu Keluar Tadi?' - Demam Selepas Bertemu Dengan Orang Tua Misteri - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

'Siapa Temankan Kamu Keluar Tadi?' - Demam Selepas Bertemu Dengan Orang Tua Misteri

Share:
iklan2
iklan3

Susulan viral kisah empat sekawan 'menjamu selera' di RNR yang telah ditutup bertahun-tahun, ada seorang pekerja swasta yang berkongsi pengalaman yang hampir sama namun kejadian berlaku di kawasan berhampiran. 

SATU hari itu (kejadian antara tahun 2014-2015), saya dan seorang lagi rakan sekerja bertugas di kawasan Lenggong, Perak. Bila selesai tugas, kami pun pulang ke Ipoh kira-kira jam tiga atau empat petang. 

Dalam perjalanan pulang, kami dapat panggilan yang mengatakan ada breakdown di kawasan itu, antara pembekal (feeder) Chenderoh ke Temelong. Rondaan mencari kerosakan itu mengambil masa yang agak lama disebabkan jarak pembekal itu agak jauh. 

Masa breakdown itu seingat saya, team yang lain ada tugas di tempat lain. Cuma kami saja yang available pada waktu itu. Jadi, juruteknik pun meminta kami tolong dan dia pun dalam perjalanan ke tapak juga. Dan kami pun buat kerja seperti biasa, mencari kerosakan. 

Juruteknik sampai di lokasi, waktu itu pun dah agak lewat petang. Jadi, lokasi yang kami kena cari sebelum hari semakin gelap, hanya ada dua saja tempat lagi. Dua tempat itu jaraknya jauh antara satu sama lain. 

Jadi juruteknik suruh kami pergi ke lokasi di Temelong, Lenggong dan dia akan tinjau di lokasi Tasik Raban. Di RNR Tasik Raban itu, di belakangnya ada tasik. Di sebelah tasik itu ada sebuah resort. 


Sepanjang saya bertugas di Perak, setahu saya dan yang lain, tak pernah tengok resort itu beroperasi. Adakalanya kelihatan terbiar, ada masa tertentu ada orang akan datang membersihkan kawasan itu. Mungkin pekerja atau penjaga tempat itu agaknya. 

Tak beroperasi tetapi masih dalam keadaan terjaga. Tiada barang-barang seperti besi tingkap hilang dirembat mat gian. Setiap rumah di resort itu masih lengkap. 

Jarak resort itu dari jalan utama lebih kurang 1.5 kilometer. Resort terlindung oleh pokok sawit. 


Jadi, juruteknik itu tadi masuk ke lokasi seorang diri. Kereta Perodua Kelisanya tidak dapat masuk kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan. Jalan estet, faham-fahamlah macam mana keadaan jalannya. Jadi, dia masuk jalan kaki. 

Sampai di lokasi, hari semakin gelap. Selesai membuat tinjauan, dia pun keluar dari situ. Semasa dalam perjalanan keluar, azan sudah kedengaran di halwa telinga tetapi sayup-sayup. 

Masa itulah ada seorang pakcik tua menegur dia. Pakcik itu tanya dia buat apa dan kata nak temankan juruteknik itu keluar dari situ. Dia pun bertanya juga, pakcik itu nak pergi ke mana. Katanya nak pergi ke surau.

Selepas sampai saja ke keretanya yang diletakkan di tepi kebun getah bersebelahan dengan kebun sawit itu, dia tengok orang tua itu dah tak ada. Dia pun keluar dari situ.

Bila kami bertemu semula di lokasi yang ditetapkan, dia menceritakan semula kejadian itu kepada kami. Setahu kami di kawasan itu sememangnya tiada penduduk. 

Sehari selepas kejadian itu, juruteknik itu demam. Kerja-kerja baikpulih breakdown itu kami sambung semula pada keesokan harinya. 

Peristiwa sebelum ini pula berlaku pada tahun 2010. Di situ ada satu tower TNB yang menghubungkan pembekal dari Chenderoh ke Tasik Raban. 

Kawasan itu kan tasik, ada pulau-pulau kecil berhampiran. Di pulau-pulau itu lah terletaknya menara TNB. Nak pergi ke menara itu kena naik bot. 

Tugas saya masa itu, memunggahkan barang naik ke darat dan hantar kepada team yang nak buat kerja. Saya seorang diri buat kerja itu. 

Masa nak ambil barang, saya ternampak ada kocakkan air yang banyak dan sangat kuat di bot. Tetapi kejadian itu berlaku sekajap saja. Kocakkan itu seperti ikan sedang menangkap sesuatu di bawah bot. 


Jadi saya bertanya pada orang lama, orang-orang tua. Kalau keadaan seperti itu tidak mungkin disebabkan oleh ikan. Mungkin 'dia' nak beritahu bahawa tempat itu adalah lokasi tempat tinggalnya. 

Selepas itu, tak ada pula kejadian yang pelik-pelik berlaku. Kerja kami pun selesai tanpa sebarang halangan. 

Kawan saya pernah beritahu yang kontraktor pun pernah mengalami situasi yang sama ketika bekerja di situ, sebelum saya. Lokasi RNR Tasik Raban dengan pulau dan resort ini dekat-dekat saja. Jadi sesiapa yang pernah mengalaminya akan percaya. 

Lagi satu, kita pun tahu bahawa bukan kita saja yang hidup di atas muka bumi ini. Jadi kalau kita bekerja atau berada di lokasi seperti itu, perlu sentiasa beringat. 

Sumber: Zam DG via The Reporter