iklan1 5 Tahun Tak Dapat Anak, Ini Yang Izzue Islam Lakukan... - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

5 Tahun Tak Dapat Anak, Ini Yang Izzue Islam Lakukan...

Share:
iklan2
iklan3

Belum dikurniakan cahaya mata selepas lima tahun berkahwin, pelakon yang juga penyanyi dari kumpulan Forteen, Izzue Islam mahu berubat cara tradisional untuk mendapat anak.

Berkahwin dengan pengurusnya Awin Nurin pada 2013, Izzue Islam turut disyor oleh beberapa rakannya untuk menggunakan kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Namun pelakon popular ini terfikir untuk mencuba rawatan tradisional terlebih dahulu sebelum buat kaedah IVF.

Ini komen Izzue Islam:

"Ramai yang bagi cadangan untuk buat IVF dan kebanyakannya berjaya. Di awalnya memang saya nak buat kaedah itu tetapi terfikir pula nak cuba rawatan tradisional,"

"Tak salah mencuba pelbagai kaedah perubatan yang ada asalkan ada usaha. Andai takdir kata dengan cara (tradisional) itu pun tak berhasil, barulah saya lakukan IVF"

Itulah komen dan kenyataan Izzue Islam apabila ditanya tentang zuriat.

Diimbas semula, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28 tahun, bernikah dengan Awin pada bulan Jun 2013 setelah 6 tahun bercinta.

Selebriti ini selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin atau nama penuhnya Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor.

Majlis pernikahan itu diadakan di Dewan Shah Alam, Selangor dan dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Sejurus selepas selesai akad nikah, Izzue yang turut menyambut hari jadinya pada hari tersebut memberitahu dapat memperisterikan Awin pada hari lahirnya merupakan hadiah paling istimewa.

Jelasnya, dia bersyukur hubungan cinta mereka selama enam tahun akhirnya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat mereka.

Walaupun masih belum dikurniakan anak, pasangan ini tetap bahagia melayari bahtera rumah tangga.

Sumber: mStar