iklan1 Aliff Syukri Meraung Anak Hilang Di Lombok - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Aliff Syukri Meraung Anak Hilang Di Lombok

Share:
iklan2
iklan3

Ahli perniagaan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, telah menempuh detik yang amat mencemaskan apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4 tahun, telah hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.

Melalui laporan portal Utusan Online, Datuk Aliff Syukri terkejut dan risau setelah mendapati Ibraheem yang dipanggil Baim telah hilang dari pandangan sejurus mereka sekeluarga selesai melakukan aktiviti sukaneka di tepi pantai.

Ketika di Lombok, Datuk Aliff Syukri turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11 tahun, dan Qadejah El Zahra, 6 tahun,  dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.

Kata Aliff Syukri, ketika kejadian mereka sedang bermain sukaneka dan anak-anak kecil bermain di tepi pantai dengan pengawasan pengasuh.

Namun Baim telah terlepas dari pandangan.

Ini komen Aliff Syukri:

"Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna.

"Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan orang dewasa sahaja manakala anak-anak dibiarkan bermain di pantai sambil diawasi pengasuh.

"Tak sangka pula, Baim (panggilan bagi Ibraheem) tiba-tiba boleh hilang daripada pandangan pengasuhnya yang leka menyaksikan keriuhan sukaneka tersebut"

Sebaik sedar akan kehilangan anak mereka itu, Aliff Syukri dan Norshahida mula menjerit dan kelam-kabut meminta tolong orang ramai yang berada di pulau itu untuk mencari Ibraheem.

Hampir 10 minit tenaga dikerah menyusur pantai dan mencari di setiap pelosok premis, akhirnya Aliff Syukri menghela nafas lega apabila mendengar tangisan si bongsu sambil kelihatan berpimpinan tangan dengan seorang pekerja resort warga tempatan.

Menyaksikan anaknya itu, Datuk Aliff Syukri terus meluru ke arah Ibraheem lalu memeluk erat kanak-kanak itu tanpa mulutnya tidak henti-henti meminta maaf.

Ujar pekerja tersebut, dia bertemu Ibraheem seorang diri di hadapan sebuah kedai aiskrim, tidak jauh dari kawasan berlangsungnya sukaneka.

Sementara itu, Norshahida yang hamil enam bulan bersyukur kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku dan harap akan lebih berwaspada di lain waktu tentang anak-anak mereka.

Syukur semuanya selamat. Tak dapat dibayangkan perasaan Alifff Syukri dan Shahida ketika itu. Ini satu pengajaran buat ibu bapa semua. Sekejap sahaja terleka, anak boleh hilang sekelip mata.

Sumber: UTUSAN ONLINE