"Secara automatik tak layak dicalonkan" - Penjelasan Astro Kenapa FattZura Tidak Dicalonkan

 
Memang agak kecoh apabila pasangan baru berkahwin iaitu Fattah Amin dan Fazura tidak tercalon bagi kategori Couple MeleTop Top 20 pada Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018).

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati ramai peminat mereka yang sememangnya amat ramai.

Para peminat setia pasangan yang dikenali sebagai FattZura ini mempersoalkan mengapa pasangan popular itu tidak dicalonkan bersama pasangan lain.

Senarai psangan yang tersenarai dalam kategori Couple MeleTop ialah seperti:

~Stacy dan Akim
~Alif Satar dan Shahida
~Nora Danish dan Nedim
~Lisa Surihani danYusry
~Aliff Aziz dan Bella Astillah
~Jep Sepahtu dan Sari Yanti
~Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin serta banyak lagi artis yang sudah berkahwin lain..

Akhirnya setelah perkara ini menjadi isu panas, pihak Astri melalui Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro iaitu Namanzee Haris menafikan AME sengaja tidak mencalonkan mereka tetapi ia termaktub dalam terma dan syarat pencalonan.

Ini penjelasannya:

"Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

"Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil

"Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada"

Walaupun tidak layak bertanding dalam kategori Couple MeleTop, pasangan itu dicalonkan dalam kategori lain.

Selain kategori itu, turut menjadi perdebatan adalah kategori Si Cilik MeleTop kerana ada anak artis yang cukup popular di laman sosial tetapi tidak dicalonkan.

Kata Namanzee, untuk kategori ini syarat ditetapkan adalah anak selebriti berkenaan perlu ada akaun Instagram.

Ini komennya lagi:

"Kami perlu ada kayu pengukur untuk menilai sejauh mana impak si cilik terhadap khalayak. Jadi cara terbaik adalah mereka perlu ada akaun Instagram.

"Kalau popular tapi tidak ada Instagram, memang tidak layak. Saya berharap peminat faham dan boleh mengundi siapa pilihan mereka,"

Senarai Top 20 dipilih barisan panel khas yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air terdiri daripada wakil stesen televisyen Astro, Media Prima Berhad, RTM, wakil stesen radio dan pengarang syarikat penerbitan akhbar.

Sesi pemilihan juga dinilai juru audit bertauliah dari syarikat W.L Chong untuk mengesahkan setiap pencalonan.

AME 2018 mempertandingkan 16 kategori yang mana undian mendapatkan senarai Top 5 dibuka bermula 22 Januari sehingga 23 Februari ini.

Fasa kedua pengundian bagi menentukan pemenang setiap kategori bermula 6 Mac sehingga 8 April.

AME 2018 bakal berlangsung pada 8 April di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sumber: Harian Metro

Related Posts

"Secara automatik tak layak dicalonkan" - Penjelasan Astro Kenapa FattZura Tidak Dicalonkan
4/ 5
Oleh