iklan1 "Pergi Bunuh Diri.." Komen Melampau Fathia Latiff Kepada Iqram Dinzly - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

"Pergi Bunuh Diri.." Komen Melampau Fathia Latiff Kepada Iqram Dinzly

Share:
iklan2
iklan3
 
Aksi aneh pelakon popularm, Iqram Dinzly di media sosial Instagram bukan lagi satu perkara asing bagi rakyat Malaysia ketika ini.

Sebut sahaja nama Iqram Dinzly sudah tentu teringat dengan gaya nya ketika menari dan membuat pelbagai aksi pelik secara live di Instagram.

Hampir setiap video yang dikongsikannya pasti akan mendapat perhatian daripada netizen dan para followernya di Instagram.

Pelbagai spekulasi yang timbul ekoran dari aksi aneh yang ditonjolkan oleh Iqram Dinzly ini.

Ramai yang mendakwa Iqram Dinzly mengalami masalah tekanan perasaan ekoran pelbagai isu yang melanda, tetapi Iqram Dinzly sidah beberapa kali menafikan dakwaan tersebut dengan sekeras-kerasnya.


Namun, seorang lagi artis kontroversi, Fathia Latiff dikatakan bertindak mengeluarkan beberapa komen yang dilihat agak keterlaluan ketika Iqram Dinzly  sedang berkongsi video di Instagram Live.

Antara komen dari Fatiya Latiff ialah:

"Pergi bunuh diri"
"Scene bunuh diri tiada ke? Alang-alang"


Ternyata komen tersebut mengudang kecaman daripada orang ramai dan para netizen yang prihatin mengenai keadaan Iqram Dinzly yang amat membimbangkan itu.

Ternyata komen dari Fathia Latiff ini mengundang kecaman daripada netizen. Rata-rata menganggap komen Fathia Latiff ini amat biadap dan terallu keterlaluan.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan gurauan tetapi tidak mengenai hal membunuh diri.

Jika dia tidak berfikir panjang, mungkin perkara tersebut boleh menjerumus Iqram Dinzly melakukan hal yang sedemikian.

Ramai yang memberi komen agar Fathia Latiff akan lebih bijak memikirkan setiap kata-kata yang ingin dia keluarkan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Pelakon fathia Latiff sebelum ini banyak mencetuskan kontroversi menerusi penulisannya.

Sehingga ada rakan artis yang menegur Fathia Latiff seperti Dira Abu Zahar yang mengatakan Fathia Latiff hanya pandai menulis dan tidak turun padang.

Sumber: OhBulan