"Farid Kamil Masih Belum Pulang Rumah" - Fadzil Zahari

 
Ini perkembangan terkini tentang pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang telah pun dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan sebanyak RM12,000 pada hari Selasa yang lalu.

Setelah keluar, Farid Kamil kini sedang menjalani rawatan kesihatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Perkara ini telah dikongsikan oleh adiknya iaitu Fadzil Zahari ketika dihubungi pihak media petang tadi.

Kata Fadzil lagi, abangnya itu dijangka dirawat dalam tempoh beberapa hari lagi bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.

Ini kenyataan dari Fadzil Zahari:

"Dia tidak membantah apabila saya dan adik, Anis mengambil keputusan untuk menghantarnya melakukan pemeriksaan kesihatan.

"Tujuan rawatan ini bagi memastikan keadaan sebenar dirinya sekarang. Kami terus membawanya ke pusat rawatan itu selepas dibebaskan.

"Dia tidak pulang ke rumah sesiapa. Insya Allah apabila keadaannya sudah okey, baru akan dibawa pulang ke kampung berjumpa mak dan ayah.

"Lagi pula ketika kejadian berlaku dan sepanjang Farid ditahan, mak dan ayah tak berjumpa dengannya lagi. Cuma Farid sudah bercakap dengan mereka"

Tentang dua orang anaknya, Muhammad dan juga Nur Aurora, Fadzil Zahari enggan mengulas lanjut tentang hal itu. Katanya, perkara itu terlalu peribadi.

Mengenai rawatan yang sedang dijalani oleh Farid Kamil, Fadzil memberitahu seorang lagi adik farid iaitu Anis yang banyak bercakap dengan doktor.

Dalam masa sama, keadaan Farid kini lebih baik dan dia kelihatan lebih gembira.

Ini komen Fadzil lagi:

"Ketika dalam perjalanan ke pusat rawatan, Farid lebih banyak berterima kasih kepada kami kerana sentiasa ada bersamanya.

"Dalam tahanan dia tidak ada sesiapa. Malah dia beranggapan orang tak pedulikan dia. Sekarang dia nampak gembira dan ikut saja apa kami adik beradik buat demi kebaikan dirinya"

Semoga Farid Kamil kembali pulih dari segala yang melandanya. Doa yang terbaik buat Farid Kamil dan keluarga. Semoga sentiasa kuat!

Sumber: Harian Metro

Related Posts

"Farid Kamil Masih Belum Pulang Rumah" - Fadzil Zahari
4/ 5
Oleh