iklan1 "Saya Sayang Awak, Diana" - Farid Kamil Luah Rasa Gembira Melihat Diana Danielle Hadir Ke Mahkamah - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

"Saya Sayang Awak, Diana" - Farid Kamil Luah Rasa Gembira Melihat Diana Danielle Hadir Ke Mahkamah

Share:
iklan2
iklan3

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi menajdi tumpuan pihak media pda hari ini.

Ketika di mahkamah, pelakon ini tidak mampu menyembunyikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Datin Diana Danielle di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, di sini, pagi tadi.

Melalui satu laporan Berita Harian, katanya, beliau memang mengharapkan Diana Danielle datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.

Ini komen dari Farid Kamil:

"Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.

"Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana," 

Farid Kamil berkata demikian ketika dibawa masuk ke bilik reman di mahkamah majistret Petaling Jaya.

Sebelum ini, Farid Kamil direman empat hari atas dakwaan menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu.

Semalam, reman Farid disambung lagi sehari dan kini beliau sedang keputusan sama ada reman disambung atau ikat jamin polis.

Ini adalah kali pertama Diana Danielle hadir ke mahkamah selepas dua kali aktor terbabit ditahan.

Sepanjang berada di mahkamah, Diana Danielle langsung tidak mahu bercakap dengan wartawan, pihak media dan hanya mengambil pendekatan berdiam diri.

Sementara itu adik beradik Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari dan juga Dr Anis turut dilihat hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada abangnya itu.

Datuk Farid Kamil dibawa ke mahkamah tersebut bagi menunggu keputusan sama ada reman terhadapnya akan disambung atau dia akan dibebaskan selepas tempoh remannya berkahir pada Selasa.

Pelakon popular ini telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin namun disambung sehari sehingga Selasa (hari ini).

Farid Kamil ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian