Sikap Sambil Lewa Pelakon Baru Buatkan Penggambaran Lambat - Nabila Huda Bengang


Pelakon popular Nabila Huda sering kali menegur pelakon baru yang dikatakan ada antaranya kurang berkualiti.

Sesetengah pelakon ini dikatakan tidak bersedia menjadi pelakon utama sehingga kadang kala ada yang mengganggu penggambaran.

Namun Nabila Huda nafi selalu menegur dan meluahkan perasaan kerana cemburu dengan pelakon baru ini yang secara tiba-tiba menjadi pelakon utama.

Ketika Nabila Huda baru menceburi bidang lakonan, ketika itu banyak laluan berliku perlu diharungi sebelum penerbit memberi lampu hijau untuk memberi seseorang pelakon sebagai pelakon utama.

Dikatakan ketika ini, situasi berlainan apabila ada pihak penerbit yang hanya menilai pelakon dari rupa paras yang cantik dan ada juga yang memilih pelakon menerusi jumlah follower di media sosial.

Bagi Nabila Huda, sebagai pelakon yang berpengalaman, dia melihay situasi ini amat membimbangkan terutama untuk jangka masa yang panjang.

Ini komen dari Nabila Huda tentang hal ini:

"Apa yang saya luahkan ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelakon lain"

"Saya lihat terlalu mudah menjadi pelakon sekarang sehingga kita sanggup membelakangkan kualiti kerja. 

"Saya tidak iri hati atau cemburu, malah tidak kisah. Tetapi, sampai bila industri mahu mempertaruhkan pelakon cantik atau kacak semata-mata. 

"Kita kena didik penonton supaya faham apa itu bakat. Seseorang pelakon perlu ukur keupayaan diri.

"Apa arah pelakon baharu ini dalam industri? Sikap sambil lewa mereka membuatkan penggambaran jadi lambat. 

"Ada pelakon berpengalaman terpaksa mengawal lakonan kerana tidak mahu membayangi pelakon baru. 

"Bagaimana kami ingin membawa sesuatu watak dengan baik jika lawan tidak memberi?


Itulah komen dari Nabila Huda yang diketahui merupakan seorang pelakon yang amat hebat dan sering dapat menghayati watak dengan padu!


Nabil Huda yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi bertaraf legenda iaitu Amy Search memang bukan calang-calang orangnya.


Kehebatannya dalam bidang lakonan telahterbukti dengan kejayaannya membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik.

Sumber: Berita Harian

Related Posts

Sikap Sambil Lewa Pelakon Baru Buatkan Penggambaran Lambat - Nabila Huda Bengang
4/ 5
Oleh