iklan1 TAHNIAH! Syafinaz Terima Pangkat Datuk - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

TAHNIAH! Syafinaz Terima Pangkat Datuk

Share:
iklan2
iklan3
 
Guru vokal yang juga penyanyi, Syafinaz Selamat, telah pun dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pemberian anugerah dan pingat ini adalah  bersempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Penyanyi ini yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu juga antara 370 penerima penganugerahan darjah, kebesaran, bintang dan pingat, pagi tadi.

Antara pencapaian beliau dalam bidang seni suara adalah sebagai penasihat dan 'voice master' untuk Koir Kebangsaan Malaysia, Koir Permata Seni Negara, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

Beliau juga pernah membuat persembahan di hadapan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika membuat lawatan rasmi ke Malaysia beberapa tahun lalu.

Syafinaz Selamat yang kini berumur 45 tahun, pernah menghasilkan tiga buah album iaitu Syafinaz pada 1989, Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002).

Popular menerusi lagu Ingin Bersamamu, Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.


Syafinaz Selamat sering memberi komen yang agak lantang tetapi bernas kepada para peserta.

Seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi turut menerima pingat sama.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Tahniah diucapkan kepada Syafinaz Selamat! Semoga terus sukses dan berjaya dalam bidang seni suara. -Berita Memey


Sumber: mStar / Harian Metro