5 Sebab Kenapa Tudung Bawal Masih Digemari

Wanita Muslimah pada masa kini sangat bertuah kerana walaupun terikat dengan syariat dalam bergaya, perkembangan fesyen Muslimah yang semakin pesat membolehkan mereka tampil cantik dan up-to-date.

Namun begitu, masih ramai wanita di luar sana yang memilih aliran fesyen yang lebih konvensional apabila bertudung. Bagi golongan ini, tudung bawal tetap menjadi pilihan hati walaupun pelbagai fesyen tudung muncul setiap hari.

Mari kita lihat mengapa tudung bawal tetap menjadi kegemaran.

Senang dikenakan

Satu yang pasti, tudung bawal disenangi ramai kerana ia sangat praktikal untuk dikenakan. Sesetengah wanita yang ke tempat kerja contohnya, merasakan tudung bawal lebih sesuai dikenakan kerana tak sukar mengenakannya, khususnya selepas dibuka apabila mahu bersolat.

Kepelbagaian fesyen

Jangan ingat shawl sahaja boleh dibelit pelbagai gaya. Hanya memerlukan sedikit kreativiti, pemakaian tudung bawal juga boleh menjadi 'sebergaya' pemakaian shawl.

Labuh yang boleh diselaraskan

Satu lagi kelebihan tudung bawal ialah labuhnya boleh diselaraskan. Jika rasa tak selesa, bolehlah dilabuhkan tudung itu mengikut kesesuaian.

Selesa

Kebanyakan tudung bawal direka dengan kain yang ringan, sejuk dan selesa.

Lebih muda

Eh? Jangan terkejut kerana kebanyakan penggemar tudung bawal bersetuju bahawa tudung bawal boleh membuatkan penampilan mereka nampak muda seperti gadis belasan tahun. Mungkin kerana itu ada lelaki berpendapat tudung bawal membuatkan wanita nampak lebih menarik.

Related Posts

5 Sebab Kenapa Tudung Bawal Masih Digemari
4/ 5
Oleh