Afdlin Shauki Tegur Pelawak Kaki Curi



Selebriti Dato Afdlin Shauki telah tampil menegur pelawak 'kaki mencuri' di Malaysia.

Afdlin Shauki menggesa pelawak supaya tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.

Kata Dato Afdlin Shauki, perbuatan mencuri idea dan bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang amat salah.


Ini kenyataan Afdlin Shauki:

"Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam industri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.

"Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism,"

Sebagai antara orang yang berpengalaman dalam bidang komedi, Afdlin Shauki turut mengakui hal berkenaan dapat dilihat khususnya melibatkan pelawak-pelawak baharu.

Ini pendedahan Afdlin Shauki lagi:

"Saya tak nafikan, pelawak baharu misalnya, mereka perlu ikut pelawak yang sudah berpengalaman.

"Tapi janganlah sampai tahap plagiat, content kena tulis sendiri, baru ada integriti,"

Selain pelawak, Afdlin Shauki turut mengakui wujudnya isu integriti dalam kalangan pengkarya filem.

Menurut Afdlin, pengkarya yang menghasilkan filem tanpa integriti pastinya akan memberi kesan terhadap kualiti akhir sesebuah karya.

Ini jelasnya tentang isu integriti:

"Ada artis yang buat kerja seni untuk cari makan sahaja dan ada yang buat sebab betul-betul minat.

"Apabila karya dihasilkan secara ala kadar, di manakah integriti perfileman itu?

"Iyalah, berkarya untuk wang sahaja, mereka pastinya tak bagi yang terbaik. Buat ala kadar sahaja sebab mahu pulangan cepat,"

Itulah teguran dari Afdlin Shauki kepada penggita seni dan juga pelawak tanah air. Semoga mereka mengambil positif teguran dari Afdlin Shauki ini.

Sebagai penonton, sudah tentu akan berasa boring dengan lawak yang sama sahaja dan pernah didengari sebelum ini.

Sumber: mStar

Related Posts

Afdlin Shauki Tegur Pelawak Kaki Curi
4/ 5
Oleh