'Ada Banyak Sarang Pelacuran Di Tanah Haram..' – Saiful Nang

Saudara Saiful Nang.

1. Cuba lihat bagaiamana Allah dan Nabi memuliakan Tanah Haram

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya Islam dimulai dengan (dianggap) asing dan akan kembali (dianggap) asing sebagaimana awalnya. Mereka (Islam & ummatnya) berlindung diantara dua masjid (Masjidil Haram & Masjid Nabawi) sebagaimana ular berlindung dalam lubangnya” [Hadits Shahih, Muslim 2/76 – An-Nawawiy].

Hadis riwayat Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Di setiap jalan-jalan Madinah itu terdapat malaikat (yang menjaga) agar tidak dimasuki wabah penyakit dan Dajjal (HR. Muslim No. 5236)

Hadis riwayat Anas bin Malik radhiyAllahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. (HR. Muslim No.2449).

2. Begitulah bagaimana allah dan nabi memuliakan tanah haram. Yang cuba memburukkan tanah haram adalah kerja-kerja golongan Syiah.

3. Saya tak nafikan tentang dakwaan saudara mengenai kegiatan pelacuran di sana. Mungkin ada. Saya tak tahu. Jika ada pun mungkin ibarat semut hitam di atas batu hitam yang besar.

4. Namun, saya cukup kagum dengan saudara. Di tempat di mana umat Islam di seluruh dunia melakukan ibadah, saudara masih mampu mencari lorong2 pelacuran yg bagi saya ianya amat sukar di cari di sebuah kawasan yg Nabi dan Allah muliakan.

5. Boleh saya tahu kenapa saudara boleh berada di lorong-lorong pelacuran di Tanah Haram?

6. Jangan salahkan saya jika saya meragui saudara kerana saudara telah meletakkan diri saudara di tempat yang meragukan.

Sekian.

Dr Aznil Hisham.


#Nota

Ini adalah komen saya diposting manusia teragung – Saiful Nang.

Saya berpendapat beliau memerlukan vaksin anjing gila.

Menurut Saiful Nang :-

MUHASSABAH BENCANA TANAH HARAM 1 : Setiap kambing yang kita dam dan korban di musim haji adalah kambing yang diimport dari negara yang bukan Islam sebahagiannya. Semakin kita beramal semakin ia mereka menjadi kuat dan kaya. Dahulu semasa kaedah sejuk beku belum diadakan lagi korban dan dam kambing yang disembelih akan ditanam atau dibuang di padang pasir. Kita muhassabah bencana dari kekhilafanya g telah kita lakukan. Sewajarnya Makkah dan Madinah mempunyai kerajaan sendiri dengan kuasa autonomi dalam pentadbirannya yang ditadbir dari wakil-wakil negara Islam dan bukannya di bawah negara bani Saud. Kerana sebelum ini ia memang ditadbir di bawah kerajaan Islam Ottoman dan bukannya kerajaan keluarga anak beranak yang kemewahannya melampaui batasan di atas perahan kapitalism Kota Suci selain dari hasil bumi emas hitamnya.
Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi). Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja.
Merdekakan Tanah Haram. Tanah Haram milik ummat Islam bukan milik sebuah keluarga.

Mungkin betul Saiful Nang perlukan vaksin anjing gila.

Related Posts

'Ada Banyak Sarang Pelacuran Di Tanah Haram..' – Saiful Nang
4/ 5
Oleh