iklan1 "Garang, Bengis Lepas Jadi Girlfriend" - Pendedahan Zizan Razak - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

"Garang, Bengis Lepas Jadi Girlfriend" - Pendedahan Zizan Razak

Share:
iklan2
iklan3
 
Zizan Razak merupakan seorang selebriti serba boleh yang amat popular di Malaysia.

Selain menjadi pelawak yang melucukan, Zizan juga hebat ketika berlakon, mengacara dan berbakat dalam bidang nyanyian.

Sebagai seorang yang popular, Zizan Razak sering terpalit dengan kisah cinta dengan rakan artis. Antaranya ialah Juliana Evans, Emma Maembong dan juga Mira Filzah.

Zizan juga seorang yang peramah terutama dengan peminat dan juga para followernya. Pelawak ini sering menghabiskan masa beriteraksi bersama peminat di laman media sosial.

Menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai 4.6 juta pengikut, Zizan sering memuatnaik perkembangan terkini.

Selain itu, Zizan juga aktif di laman Twitter. Menerusi akaun Twitter, selebriti yang berasal dari Terengganu itu telah mengumpul sebanyak 2.64 juta pengikut di sana.

Dalam perkembangan terbarunya, Zizan mendedahkan bahawa ada wanita yang garang setelah menjadi kekasih.. Siapakah?

Sebenarnya ini adalah satu fakta yang ditulis oleh Zizan Razak.

Ini tulisnya di laman media sosial:

"Fakta menarik. Wanita yang nampak lemah lembut di Instagram sebenarnya garang dan bengis selepas menjadi girl friend kita,"


Tweet tersebut diletakkan bersama hashtag #lelakijangantertipu.

Rata-rata pengikut Zizan di laman Twitter memberikan respon terhadap tweet tersebut.

Ada yang bersetuju dengan tweet Zizan, malah ada juga peminat wanita yang mengakui diri mereka mempunyai sifat tersebut.

Malah, ada peminat yang menyifatkan tweet Zizan sebagai gurauannya bersama peminat di laman Twitter.

Ada juga yang berseloroh mengatakan wanita itu mungkin Mira Filzah dan terus tag pelakon wanita itu.

Ini antara respon dari para follower Zizan:


Memang bagus Zizan Razak ini selalu update laman media sosialnya. Zizan kini sedang sibuk dengan banyak penggambaran.

Antara produk lakonannya yang paling ditunggu tunggu ialah Polis Evo 2 gandingan bersama Shaheizy Sam dan banyak pelakon hebat.

Sumber: Laman Media Sosial Zizan