iklan1 Lagi Perangai Artis Bermasalah Di Set Penggambaran Di Bongkar - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lagi Perangai Artis Bermasalah Di Set Penggambaran Di Bongkar

Share:
iklan2
iklan3
 
Sikap artis di set kini sering menjadi bualan ramai. Pelbagai sikap selebriti yang negatif mula diketahui orang awam.

Penerbit drama dan filem, Datuk Rafiena Ezanee Ramli, 35 tahun telah tampil mendedahkan beberapa sikap dan perangai para artis ketika di set penggambaran.

Datuk Rafiena telah menubuhkan produksi miliknya sendiri yang diberi nama Dark Wave Pictures.

Antara filem popular terbitan Datuk Rafiena ialah Kimchi Untuk Awak lakonana Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza arahan Michael Ang.

Datuk Rafiena mendedahkan, antara masalah yang selalu ditimbulkan para artis ialah selalu datang lambat, leka bercinta, tiada persediaan watak dan bersikap diva.

Itulah antara merupakan antara masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan pelakon ketika di lokasi penggambaran.

Baginya, perangai dan sikap negatif itu sedikit sebanyak mengganggu perjalanan sesebuah projek filem atau drama yang diterbitkan.

Ini komen Datuk Rafiena:

"Masalah artis datang lambat itu sudah menjadi kebiasaan dan sudah menjadi hal normal. Ada juga artis yang sibuk bercinta, apabila ada isu dengan kekasih mulalah bawa masalah itu sampai ke set.

"Ada juga yang tak buat homework dan hasil lakonan yang diberi tidak seperti apa yang kita harapkan. Sedangkan kita dah bagi peluang kepada mereka untuk membuktikan bakat.

"Kalau ada artis berlagak diva, saya tak kisah jika dia betul-betul layak dilayan sedemikian rupa. Yang menjadi masalah hasil kerja tak seberapa, tapi berperangai seperti bintang popular,"

Sementara itu, Datuk Rafiena berkata dia sentiasa menasihati pelakon bawah produksinya untuk menjaga amanah diberi kerana pelakon juga bekerja untuk mencari rezeki.

Ujarnya, industri hiburan di negara ini kecil dan jika mereka tidak menjaga disiplin akan memberi impak negatif kepada kerjaya seni masing-masing.

Tambahan pula, kini banyak bakat baru yang akan muncul ketika ini.

Ini peringatannya:

"Mereka kena ingat, jadi pelakon bukan sekadar untuk popular semata-mata. Sebaliknya mereka bekerja untuk mencari duit demi meneruskan kehidupan.

"Jika mereka tak jaga kelakuan dan disiplin, karier akan musnah dan sudahnya peluang untuk berlakon tiada lagi.

"Setiap hari akan muncul wajah baharu dan mereka mempunyai bakat serta kebolehan yang lebih hebat. Jika terus hanyut dengan keseronokan, tak kemana karier itu,"

Dalam pada itu, dia turut menasihati golongan selebriti supaya bersikap profesional dan tidak membawa masalah peribadi ketika berada di set penggambaran.

Ujarnya, setiap manusia berdepan dengan dugaan hidup dan mereka haruslah bijak mengawal emosi jika berdepan dengan ujian.

"Apabila jejak sahaja kaki di set penggambaran, kita kena tinggalkan masalah tersebut dan fokus dengan kerja. Habis kerja, fikirlah semula masalah tersebut.

"Sejujurnya, saya sebagai penerbit ni lagi macam-macam fikirkan dalam otak tapi saya perlu kuat dan profesional kerana saya adalah ketua. Kalau saya lemah, lingkuplah produksi ini,"

Datuk Rafiena menubuhkan syarikat produksi Dark Wave Pictures pada tahun 2008.

Antara judul drama terbitan syarikat itu pada peringkat awal adalah Hijrah Catrina, Dendam Seorang Isteri, Di Garisan Takdir dan Lepaskan Aku Pergi, M.A.I.D, Jodoh Sebelah Pintu, Racun Menantu, Kubur Berdarah dan Tanggang Ayu.

Sumber: mStar