Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Sebentar Tadi.. Tahniah!


Pelakon popular Nora Danish telah pun selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan dengan Nedim Nazri di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Detik manis itu dikongsi teman baik Nora Danish iaitu Betty Rahmad yang turut menemani Nora Danish di hospital.

Betty Rahmad memuat naik video aktres jelita itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mendukung bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.

Video itu dikongsi awal pagi tadi.

Betty turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sambil menyatakan bayi dilahirkan adalah lelaki.

Suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri juga ada memuatnaik satu video mengesahkan bahawa isterinya itu selamat melahirkan anak lelaki.

Anaknya ini diberi gelaran nama Ney Ney.

Ini komen Nedim:

"Syukur isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Terima kasih kepada semua yang mendoakan"

Nedim yang lebih mesra di sapa Boss Ned memberitahu dia akan memuatnaik gambar wajah anaknya itu untuk tatapan peminat Nora Danish tidak lama lagi.

Nora Danish pada asalnya memberitahu dia dijangka bersalin pada 9 Mac 2018 namun segalanya berjalan lancar dan disahkan sudah sampai masanya pada hari ini.

Untuk pengetahuan, pasangan popular ini berkahwin pada bulan Mac 2017 dalam satu majlis pernikahan diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Menerusi perkahwinan pertama bersama Jejai, Nora Danish dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin hasil perkahwinan terdahulu bersama Nabila Khan.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Nora Danish dan juga Nedim Nazri. Semoga terus bahagia dengan kehadiran cahaya mata baru ini.

Memang ramai yang tak sabar nak lihat wajah anak Nora Danish dan Nedim Nazri ini.

Sumber : IG Nedim Nazri

Related Posts

Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Sebentar Tadi.. Tahniah!
4/ 5
Oleh