iklan1 Senarai Penuh Artis Didakwa Aniaya Datuk Farid Kamil, Polis Akhirnya Dedah Nama Mereka.. - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Senarai Penuh Artis Didakwa Aniaya Datuk Farid Kamil, Polis Akhirnya Dedah Nama Mereka..

Share:
iklan2
iklan3

Isu kes membabitkan Datuk Farid Kamil dikatakan dianiaya oleh tiga rakan artis apabila terlibat dengan penggunaan bahan terlarang mendapat tumpuan ramai.

Salah seorang dari tiga artis terbabit ialah Sofi Jikan yang kini ditahan oleh pihak polis.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah lagi dua artis terbabit. Akhirnya pada hari ini, pihak polis mengumumkan nama artis terbabit dan memberi tempoh sehingga esok untuk datang serah diri di balai polis berhampiran.

Dua lagi individu yang didakwa memasukkan bahan terlarang dalam minuman Datuk Farid Kamil ialah Taj bekas penyanyi dari kumpulan Innuendo dan seorang lagi bernama Firdaus.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Taj Innuendo dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular pada tahun 1990-an dan dikenali dengan lagu Belaian Jiwa.

Ini komen pihak Polis:

"Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat,"

"Kita sudah berhubung dengan kedua-dua mereka iaitu seorang berada di Johor, manakala seorang lagi tidak dikenal pasti lokasinya. 

 "Polis akan menyiarkan gambar mereka sekiranya masih tidak memberi kerjasama hadir membantu siasatan," 

Pada hari Rabu yang lalu, pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif bahan terlarang.

Sofi Jikan pda mulanya hadir ke balai polis setelah disebut oleh Farid Kamil antara individu yag meletakkan bahan terlarang di dalam minumannya.

Ketika di balai polis, ujian rawak dibuat ke atas Sofi Jikan dan dia didapati positif bahan terlarang.

Imbas kembali, pada 16 Januari lalu, Datuk Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Kita sama sama tunggu perkembangan kes ini dan tunggu dua lagi artis berkenaan iaitu Taj dan Firdasu untuk serah diri di balai polis.

Sumber: mStar