iklan1 Sofi Jikan Direman 3 hari, Disahkan Salah Seorang 3 Artis Dikatakan Aniaya Farid Kamil - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sofi Jikan Direman 3 hari, Disahkan Salah Seorang 3 Artis Dikatakan Aniaya Farid Kamil

Share:
iklan2
iklan3
 
Ini merupakan laporan terkini dari Berita Harian tentang pelakon Sofi Jikan.

DITAHAN REMAN 3 HARI

Pelakon yang popular menerusi filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas didapati positif bahan terlarang.

Semalam, dia ditahan selepas dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kes penyalahgunaan bahan terlarang bulan lalu.

Sofi Jikan ditahan selepas hadir di balai polis untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat pelakon, Datuk Farid Kamil Zahari pada 31 Januari lalu.

Ini komen Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din:

"Ujian air kencing secara rawak dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif.

"Kita menahan dia jam 11 malam (semalam) selepas suspek memberi keterangan,"

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 48 tahun yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat'.

SOFI ANTARA 3 ARTIS DIDEDAHKAN FARID KAMIL

Polis sudah mengenalpasti identiti dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan bahan terlarang bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didedahkan pelakon Datuk Farid Kamil, sebelum ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pada masa ini dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan.

Ini komen polis:

"Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman.

"Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan,"

Katanya, kes Sofi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a)

Apapun kita tunggu kedatangan dua lagi individu yang didedahkan oleh Datuk Farid Kamil.

Sumber: Berita Harian