VIDEO: Makin Jelas Kemesraan Emma Maembong Dan Alvin Chong, Sweeetnya!

 
Mula berkawan selepas bergandingan dalam drama Awak Suka Saya Tak tahun lepas, pelakon Emma Maembong dan Alvin Chong dikatakan kini semakin rapat.

Apatah lagi selepas percintaan Emma dan Kamal Adli dihimpit dengan pelbagai konflik.

Sempena hari jadi Alvin Chong pada 23 Januari lalu, pelakon Emma Maembong memberi ucapan istimewa menerusi laman Instagramnya.

Emma berkata walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan tidak dapat berhubung namun apabila bertemu mereka gunakan waktu itu dengan baik.

Ini tulis Emma:

"You know someone’s special to you when you don’t talk for a while because things get busy but when you two eventually do it’s like you didn’t miss a beat . You talk like there was no gap in between and you laugh until both your stomachs hurt . It’s rare and special connection and personality i think it’s pure magic . If you ever find someone like this in ur life never let them go. May our friendship last forever @alvinchong123 ❤️ btw Thank u baby pus. Its ur birthday i pulak yang dapat hadiah"

Ini translation nya:

"Anda tahu seseorang yang istimewa kepada anda apabila anda tidak bercakap sejenak kerana keadaan menjadi sibuk tetapi apabila anda berdua akhirnya melakukannya seperti anda tidak mahu lepaskan.

"Anda bercakap seperti tidak ada jurang di antara dan anda ketawa sehingga kedua-dua perut anda sakit. Ia adalah hubungan yang jarang, istimewa dan secara peribadi, saya fikir ia sesuatu keajaiban tulen.

"Sekiranya anda mendapati seseorang seperti ini dalam hidup, jangan biarkan mereka pergi.

"Semoga persahabatan kami selamanya Alvin Chong. Sebelum itu, terima kasih baby pus.

Emma memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran Alvin yang ke 26 tahun di laman sosialnya dan mendapat perhatian peminatnya.

Menerusi video itu, jelas kemesraan antara kedua pelakon ini dan Emma telah memberi hadiah kepada Alvin.

Alvin juga tidak ketinggalan memberi hadiah kepada Emma.

Ini videonya:



Dalam pada itu, Emma turut mendoakan persahabatan mereka akan kekal selama-lamanya.

Dan yang menariknya, pelakon jelita ini ada menggelar Alvin dengan nama manja iaitu Baby Pus.

Hubungan persahabatan Emma dan Alvin berterusan di luar set penggambaran walaupun drama Awak Suka Saya Tak sudah tamat siarannya.

Rata-rata peminat suka melihat keserasian mereka berdua. Namun sehingga kini mereka berkata hubungan hanyalah sekadar teman rapat sahaja.

Sumber: mStar / IG Emma Maembong

Related Posts

VIDEO: Makin Jelas Kemesraan Emma Maembong Dan Alvin Chong, Sweeetnya!
4/ 5
Oleh