Tega!! Anak Yatim Piatu 7 Tahun Ini Di Pukul Sampai Separuh Mati, Lalu Dibogel Dan Diikat Ditiang Rumah..!!

Baru baru ini dua keping gambar seorang budak lelaki yatim lagi piatu dipukul, dibogelkan dan diikat di tiang rumah tersebar di media sosial,perkara itu telah dikecam ramai pihak sama ada dalam atau luar negara yang menyifatkan tindakan si pelaku itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

menurut info kes itu berlaku di negara jiran, Thailand , namun beberapa orang menafikan dakwaan itu sesetengah blogger tempatan juga mengatakan kejadian itu berlaku di Malaysia.
2 keping gambar mangsa yang tersebar meluas di laman sosial, segelintir orang yang perihatin telah bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
dipetik dari thehypemedia.com. pihak polis dengan kerjasama tentera dan juga pegawai kebajikan kanak-kanak berjaya mengesan lokasi kejadian dan menyerbu kediaman terbabit bagi menyelamatkan mangsa.setelah mendapat maklumat orang awam.
sumber juga mengatakan Ketika ditemui, mangsa yang berumur 7 tahun itu dalam keadaan letih, menangis dan mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang badannya.
Lebih teruk lagi, luka di badan mangsa turut disiram dengan air garam dan sos ikan bagi menyeksa mangsa.
Difahamkan, wanita berkenaan pergi ke sebuah kedai runcit bersama dengan mangsa. Kemudian, kanak-kanak itu didapati mencuri sekeping coklat oleh pemilik kedai menyebabkan mereka terpaksa membayar gantirugi. Jika tidak, pemilik kedai akan membawa kes itu ke balai polis untuk pendakwaan.
Enggan memanjangkan kes itu, ibu saudara mangsa terpaksa membayar jumlah gantirugi yang diminta.
Berang dengan kejadian yang memalukan itu, wanita berkenaan gagal mengawal perasaan marahnya lalu menghukumnya dengan memb0gelkan kanak-kanak itu dan mengikatnya di tiang rumah serta memukul badannya bertalu-talu dengan menggunakan objek tumpul sehingga luka dan berdarah.
Pihak berkuasa yang datang terus menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu dan membawanya ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah didera.
Wanita terbabit juga telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan dan akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah tinggal bersama dengan ibu saudaranya itu sejak kecil lagi. Kedua-dua ibu bapa mangsa telah meninggal dunia.
Sumber: JomShare

Related Posts

Tega!! Anak Yatim Piatu 7 Tahun Ini Di Pukul Sampai Separuh Mati, Lalu Dibogel Dan Diikat Ditiang Rumah..!!
4/ 5
Oleh