iklan1 Tian Chuak Mengaku..!! PKR Suka Selak Kain Sendiri..?? - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tian Chuak Mengaku..!! PKR Suka Selak Kain Sendiri..??

Share:
iklan2
iklan3

PKR ketika ini sedang berada diambang perpecahan yang cukup ketara apabila salah seorang pemimpinnya secara tidak sengaja mengakui bahawa parti itu mempunyai perbalahan dalaman.


Kenyataan yang dibuat oleh Tian Chuak sebelum ini memberi gambaran yang cukup jelas bahawa wujud persengketaan didalam parti itu seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini.

Namun, seperti biasa, Tian Chuak yang sudah menjadi Pencacai dalam parti itu akan menafikan kewujudan perbalahan tersebut bagi menutup kemaluan PKR dari terdedah kepada umum.

Walaupun Si Tian Chuak tu kata yang dia akan tetap bersama dengan PKR, ianya tidak cukup untuk mempengaruhi rakyat yang dapat melihat kepincangan parti itu secara terang - terangan.

Jika tidak, kenapa Si Tian Chuak tu cuba memberi peringatan kepada pucuk pimpinan parti agar berhati - hati dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi calon dalam PRU kali ini?

“Saya masih berharap pemimpin kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai kekuatan untuk bertahan dengan tekanan.”
Soalnya, tekanan itu datangnya dari siapa? Siapa yang berani mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Presiden parti itu secara terbuka? Tidakkah itu membayangkan bahawa PKR kini diambang perpecahan?

Bahkan, Naib Presiden PKR itu sendiri turut dilapor laman media Pro Pakatan mendakwa kononnya Wan Azizah menolak senarai 8 orang calon yang Pro Azmin bagi Pilihan Raya Umum kali ini.

Bayangkan. Belum pun parti itu dapat memerintah Negara, dah ada yang mula gila kuasa. Sedangkan nak jadi Menteri Besar pun ada yang sanggup mencantas orang lain dengan menggunakan taktik Politik Longkang. Jadi, bagaimana diorang nak jaga Negara jika dalam parti pun masih berebut kuasa sesama sendiri!!!

Sumber: http://semuthitam80.blogspot.co.id